Carian
Apple Pertimbang Membuka Kilang Di Indonesia
April 18, 2024 Effi Saharudin

Majoriti produk Apple dikilangkan di China dengan kilang yang lebih besar mula dibuka di India dan Vietnam pasca pandemik bagi mengelakkan pergantungan kepada satu lokasi pengilangan sahaja. Mac Mini pula dikilangkan di Malaysia. Ketika melakukan lawatan ke Indonesia minggu ini, CEO Apple Tim Cook berkata Apple sedang mempertimbangkan meluaskan pengilangan produk mereka di negara tersebut.

Hasrat untuk mengembangkan pengilangan di Indonesia dilakukan selepas Cook melakukan pertemuan dengan Presiden Joko Widodo. Indonesia sedang aktif menarik pelabur asing untuk menjadikan negara mereka hub pengilangan di rantau Asia Tenggara. Tesla misalnya turut berminat membuka kilang pembuatan bateri terbesar dunia di negara tersebut.

Lapan tahun yang lalu Apple melakukan pelaburan bagi membuka hub pembangunan aplikasi di Indonesia. Ini adalah kerana mereka tidak memasang iPhone di Indonesia yang mewajibkan syarikat luar melakukan pelaburan dalam negara sebelum peranti boleh dijual.

Komen