Cari @ Amanz

Apple Dilaporkan Sedang Bangunkan Model Bahasa Raya (LLM) Untuk Dijalankan Pada Peranti

Oleh Aman

Link Copied!

Melalui laporan Bloomberg terbaru, Apple dilaporkan sedang bangunkan model bahasa raya mereka tersendiri yang dioptimasikan untuk dijalankan pada peranti, sekaligus mengutamakan penawaran kelajuan operasi dan juga privasi kepada pengguna.

Laporan berkenaan hal ini telah hadir beberapa kali sebelum ini, apatah lagi dengan ledakan arena kecerdasan buatan, membuatkan Apple seperti kelihatan agak tertinggal dalam arena berkenaan. Sebelum ini, ia turut diperkatakan Apple mungkin menawarkan integrasi Google Gemini pada peranti mereka.

Apple juga dikatakan akan mengambil pendekatan lebih berhati-hati, disamping melesenkan kandungan daripada pelbagai penerbit untuk tujuan latihan. Ini sekaligus mengatasi masalah pelbagai model kecerdasan buatan yang dipersoalkan bahan latihannya.

Apple dijangka akan berkongsi lanjut berkenaan dengan penawaran model kecerdasan buatan mereka ini pada acara WWDC yang dijadualkan bulan Jun 2024 ini.


Komen ()