Carian
Apple Sekali Lagi Diperkatakan Bakal Perkenal iPhone SE Baharu Pada 2025
April 21, 2024 Aman

iPhone SE merupakan penawaran Apple dalam menyasarkan pengguna yang inginkan peranti pada harga mampu-milik – sekaligus bersaing dalam mendapatkan pengguna menggunakan peranti mereka berbanding Android. Sebelum ini sendiri, Apple menawarkan iPhone SE ditawarkan pada harga permulaan RM2249 – dimana harganya telah ditingkatkan sedikit berbanding harga pengenalan sebanyak RM2099.

Bergerak ke hadapan, Apple dilaporkan merancang memperkenalkan iPhone SE baharu pada tahun hadapan. Apple iPhone SE dijangka hadir dengan rekaan skrin penuh – sekaligus membuang butang Touch ID yang disertakan sebelum ini.

iPhone SE

Selain itu, ia turut dijangka menerima kemaskini cip pemprosesan. Apple akan kekal menggunakan skrin LCD dalam memastikan harganya rendah, disamping lensa kamera yang terhad. Beberapa ketirisan sebelum ini turut memperlihatkan ia mungkin menyertakan FaceID pada bahagian hadapan.

Dengan perkongsian baharu ini, sama-sama kita nantikan bagaimana Apple akan kekal mengoptimasikan peranti baharu ini untuk era kecerdasan buatan kelak.

Komen