Susulan daripada pelancaran siri V30 pada Mac lalu, Vivo kini meneruskan usaha dalam menyediakan pelbagai pilihan lain buat pengguna dengan menawarkan model V30e 5G pula. Jenama itu mengambil pendekatan untuk merahsiakan tarikh pelancarannya di Malaysia. Namun dijangka mampu meneruskan legasi siri tersebut dengan penekanan terhadap aspek kemasan dan sistem fotografi.

Dalam perkembangan berbeza, peranti turut telah diacah oleh Vivo India yang menjadualkan pelancarannya pada 2 Mei 2024. Laman pengiklanan rasmi diterbitkan menunjukkan terdapatnya perbezaan yang jelas untuk konsep rekaan dengan bonggol kamera bulat digunakan untuk kali ini
Sebanyak dwi-kamera utama disediakan dengan salah satunya yang menyokong sensor Sony IMX882. Diikuti juga sokongan Aura Light menerusi lampu terbina berbentuk bulat dan kamera swafoto 50MP dengan sokongan autofokus.
Sama-sama kita nantikan kemaskini daripada Vivo Malaysia sendiri untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung penawaran penuh yang termasuk harga jualan peranti.