Carian
Permintaan Untuk Apple Vision Pro Dilaporkan Merosot
April 23, 2024 Effi Saharudin

Lebih dua bulan selepas mula dijual, permintaan orang ramai untuk Apple Pro jatuh menjunam menurut laporan terkini Mark Gurman menerusi buletin Power On terkini beliau. Ini adalah kerana permintaan untuk demo mencuba Vision Pro di Apple Store semakin berkurangan selari dengan jualan. Setakat ini sekitar 160,000 unit Vision Pro telah terjual dengan Apple mengatakan permintaan awal adalah lebih tinggi daripada jangkaan asal mereka.

Apple Vision Pro

Gurman berkata antara sebab mengapa permintaan untuk Vision Pro berkurangan adalah kerana harga jualan yang amat mahal, kekurangan aplikasi yang menarik dan sukar untuk digunakan. Semasa dilancarkan aplikasi untuk Netflix dan YouTube tidak ditawarkan dengan ia perlu diakses menerusi pelayar web.

Dengan jualan di Amerika Syarikat sudah berkurangan. kini ialah masa paling baik untuk Apple mula memasarkan ke negara lain. Antara ura-ura yang didengari sebelum ini ialah Vision Pro akan memasuki pasaran Eropah dan China pula selepas ini.

Komen