Carian
Elon Musk Menyasarkan Tesla Mula Menjual Robot Pada Penghujung 2025
April 24, 2024 Aman

Elon Musk sering melakukan pelbagai janji untuk penawaran produk – dan kebanyakkan kalinya, ia tidak berjaya menepati masa yang dijanjikan. Terbaru, Elon Musk mengatakan robot berbentuk manusia oleh Tesla dijangka akan tersedia untuk dijual seawal penghujung tahun 2025 kelak.

Robot berbentuk manusia ini dijangka membantu industri dalam melakukan sejumlah perkara – terutamanya tugasan berulang, disamping menggantikan masalah kekurangan pekerja dalam beberapa sektor pekerjaan.

Elon Musk menyasarkan robot berkenaan akan tersedia untuk melakukan tugasan di kilang seawal penghujung 2024 ini, sebelum terus ditambah-baik pada tahun hadapan. Pengenalan robot ini juga akan mempelbagaikan lagi punca pendapatan Tesla, dan tidak hanya dikenali sebagai syarikat kenderaan elektrik semata.

Selain Tesla, salah-satu syarikat yang serius dalam pembangunan robot adalah Figure. Xiaomi dari China juga sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk pembangunan robot mereka tersendiri.

Komen