Carian
Seperti AI Pin, Rabbit R1 Turut Menggunakan Android
May 1, 2024 Fahim Zahar

Tahun ini peranti fizikal AI akan menjadi trend baharu. Bermula dengan Humane AI Pin, kemudian Rabbit R1, dan akan datang laptop AI pula akan menjadi trend. Sasaran peranti AI ini adalah sebagai peranti sampingan bersama dengan telefon pintar khusus untuk menggunakan arahan suara dan mendapatkan maklumat pantas dengan AI. Ia seakan pembantu digital dalam peranti berasingan.

Kebanyakan pengeluar peranti AI mendakwa mereka menggunakan sistem operasi tersendiri. Seperti Humane AI Pin, ia tiada aplikasi tetapi sistem masih lagi berasaskan Android. Terbaru, Rabbit OS yang dijalankan pada Rabbit R1 turut didedahkan hanyalah satu sistem operasi Android. Kemudian keseluruhan antaramuka Rabbit OS dikatakan dikendalikan oleh satu aplikasi. Android Authority berjaya mendapatkan APK Rabbit R1 Launcher dan menjalankannya pada Pixel 6a. Dalam ujian mereka, Pixel 6a kini beroperasi seakan Rabbit R1.

Selepas artikel mereka diterbitkan, Android Authority melaporkan yang akses Rabbit R1 pada Pixel 6a telah disenaraihitamkan. Wakil Rabbit turut mengeluarkan kenyataan yang Rabbit OS walaupun berasaskan Android ia bukanlah sebuah aplikasi biasa. Aplikasi hanya sebagai alat bantuan mengendalikan keseluruhan sistem dan ia masih memerlukan sambungan khas ke pelayan Rabbit yang tidak boleh diakses oleh peranti pihak ketiga.

Apakah pendapat anda? Adakah peranti AI ini patut menjadi trend atau mereka hanya patut hadir dengan aplikasi sahaja untuk mengubah peranti Android menjadi peranti AI?

Komen