Selepas Elon Musk mengambil-alih Twitter dan menukarnya kepada X, semakin banyak pesaing yang cuba menjadi “Twitter baharu”. Antaranya adalah Bluesky dari pengasas Twitter yang sudah mempunyai lebih 4 juta pengguna, Mastodon, Threads oleh Facebook atau juga Post yang selepas setahun dilancarkan kini akan menamatkan operasi.

Terbaru, Jack Dorsey iaitu bekas pengasas Twitter yang turut membantu membangunkan dan menjayakan Bluesky sehingga ia menerima jutaan pengguna dilaporkan telah keluar sebagai ahli lembaga pengarah. Perkara ini telah disahkan oleh Bluesky sendiri dan sebelum beliau keluar, Dorsey turut telah menutup akaun Bluesky peribadi.

Sebab Dorsey keluar dari Bluesky tidak didedahkan. Jay Graebar dan Jeremie Miller masih kekal sebagai ahli lembaga dan Bluesky turut kini mencari pengganti Dorsey. Menurut laporan The Verge, Dorsey juga sebelum keluar dari Bluesky sudah tidak aktif membantu dalam perkembangan platform media sosial sumber terbuka ini. Ketika berita ini ditulis masih tiada khabar, apakah projek Dorsey seterusnya.