Carian
Bluesky Kini Mempunyai Lebih 4 Juta Pengguna
February 8, 2024 Fahim Zahar

Bluesky adalah alternatif kepada X yang dibangunkan oleh bekas pembangun Twitter, Jack Dorsey. Platform media sosial ini menekankan kepada ciri terpencar, membolehkan pengguna membawa kandungan dan profil ke platform. Perkara ini dibolehkan kerana Bluesky menggunakan protokol AT, seperti Threads dengan Mastodon.

Beberapa hari lepas, Bluesky mengumumkan yang pendaftaran kepada platform mereka sedia terbuka selepas hampir setahun khusus untuk jemputan. Mereka kini melaporkan telah mempunyai lebih 4 juta pengguna dengan lebih 850,000 pengguna baharu sejak semalam. Ia adalah jumlah yang membanggakan kerana, hanya tiga bulan lepas mereka baru menerima sekitar lebih 2 juta pengguna.

Bluesky menawarkan pengalaman penggunaan seperti X, misalnya boleh memainkan audio atau video, menyokong menyembunyikan perkongsian, ciri seakan TweetDeck melalui Deck.Blue, serta turut menawarkan aplikasi untuk pengguna Android, iOS dan web.

Komen