Carian
Aria Pada Opera Untuk Android Kini Boleh Merumuskan Laman Web
May 7, 2024 Fahim Zahar

Bulan Jun tahun lepas, Opera One telah dilancarkan sebagai era baharu pelayar web. Ia memfokuskan kepada penggunaan kecerdasan buatan dan Opera turut menyertakan AI mereka tersendiri Aria yang turut boleh dilatih dengan penulisan pengguna. Sokongan menjana imej turut diberikan dengan menggunakan Google Imagen2 dan ia juga adalah pelayar web pertama dengan model bahasa raya terbina. Terbaru, Opera browser with AI untuk Android telah dikemaskini dengan Aria kini boleh merumuskan laman web.

Layari mana-mana laman web berasaskan teks seperti Amanz, Aksiz, Tajria dan lain-lain, kemudian tekan ikon tiga titik dan pilih Ringkaskan. Tetingkap sembang bersama Aria akan dibuka dan URL laman web tadi akan disertakan bersama prom “Ringkaskan halaman web ini“. Walaupun kandungan web adalah bahasa Melayu, Aria masih boleh merumuskan keseluruhan web ke dalam bahasa Inggeris. Bukan itu sahaja jika tetapan peranti anda adalah dalam bahasa Melayu, Aria turut boleh memberi rumusan dalam bahasa yang sama.

Muat Turun Opera Browser With AI Di Play Store [/sumber]

Komen