Carian
Subjenama Nothing Turut Dilihat Bakal Hadir Dengan Telefon Tersendiri – CMF Phone (1)
May 8, 2024 Fahim Zahar

iPhone 5C adalah antara iPhone mampu milik yang menarik. Ia hadir dalam kotak plastik seakan iPod, ia adalah peranti bersaiz kecil dan menawarkan banyak pilihan warna terang menarik. iPhone 5C kemudian digantikan dengan iPhone SE dan model baharu dijangka tiba pada tahun hadapan. Nothing dilaporkan akan hadir dengan telefon pintar lebih kurang sama.

Telefon ini akan dilancarkan di bawah jenama CMF by Nothing. Menurut 91Mobiles, peranti ini akan digelar sebagai CMF Phone (1). Tiga warna akan ditawarkan iaitu jingga terang, putih dan hitam yang selari dengan penawaran produk CMF yang lain. Skrin adalah sekitar 6.5-inci, di belakang hanya ada satu kamera, cip adalah MediaTek Dimensity dengan 5G, bateri adalah 5000mAh dengan pengecasan 33W dan peranti dijangka akan menjalankan Nothing OS dengan sokongan kemas kini selama 3 tahun.

CMF Phone (1) dikatakan akan dijual pada harga lebih murah berbanding Nothing Phone (2a). Anggaran harga jualan adalah sekitar Rs 12,000 (~RM682). Peranti ini mungkin adalah strategi Nothing untuk menawarkan telefon pintar kelas asas kepada mereka yang berminat ingin mencuba ekosistem Nothing tanpa berbelanja lebih.

Komen