Carian
Meta Menguji Ciri Perkongsian Rentas Platform Dari Instagram Ke Threads
May 8, 2024 Fahim Zahar

Aplikasi-aplikasi Meta seperti Facebook dan Instagram sedia menyokong ciri cross-posting dari untuk hantaran Stories, Reels, video dan foto. Ciri lain yang lebih kurang sama adalah perkongsian Status WhatsApp terus ke Facebook. Terbaru, Meta sedang menguji kebolehan perkongsian gambar dari Instagram terus ke Threads pula.

Menurut TechCrunch, Meta mengesahkan yang ciri ini sedang diuji di peringkat global. Sebilangan pengguna mula menerima ciri Share to Threads di Instagram sama seperti ciri Share to Facebook yang sudah lama ditawarkan. Ciri ini turut boleh diaktifkan atau dimatikan pengguna pada bila-bila masa. Buat masa ini, hanya gambar sahaja boleh dikongsi secara rentas platform. Reels dan video masih terhad di Facebook.

Ini mungkin kerana Meta sedang memfokuskan keseimbangan gambar dan video di platform Instagram. Jadi perkongsian video secara rentas platform tidak disokong agar tiada lambakan kandungan video di platform media sosial Meta. Ciri ini turut dikatakan terhad untuk pengguna dengan akaun peribadi, kerana dalam semakan saya akaun perusahaan masih belum boleh menggunakan ciri ini.

Komen