Circle to Search with Google adalah iterasi Google Lens yang paling menarik untuk digunakan. Semasa saya menggunakan Samsung Galaxy S24+, ia memudahkan saya mencari pelbagai informasi menarik dengan pantas. Peranti Android lain akan mula menerima ciri ini pada bulan Oktober, iPhone menerima kemas kini Google Lens dengan konsep penggunaan lebih kurang sama dan terbaru Google Chrome pula bakal hadir dengan ciri sama.

Ciri ini masih lagi sama dengan Google Lens yang sudah lama ada. Ia berada di menu tiga titik pada Chrome versi Desktop, kemudian tekan Search this page with Google…, akan keluar bar sisi dengan carian Google yang turut menyertakan Google Lens. Pilih Google Lens, versi baharu membenarkan pengguna pilih bahagian sesebuah laman web untuk dicari dengan kaedah dan animasi yang sama dengan Circle to Search pada peranti Samsung dan Pixel.

Ciri ini masih lagi dalam peringkat pembangunan awal dan belum sedia untuk diuji oleh pengguna. Akan datang, pengguna akan bebas memilih untuk melakukan carian sama ada dengan muat naik tangkapan layar atau hanya gunakan tetikus untuk pilih mana-mana bahagian dalam laman web untuk carian lanjut. Sama-sama kita nantikan.