Carian
Reddit Dan OpenAI Umum Kerjasama – Kandungan Akan Diintegrasikan Dalam ChatGPT
May 17, 2024 Fahim Zahar

Reddit nampaknya sudah bersedia untuk menyertai arena kecerdasan buatan. Kita mula mendengar berita yang Reddit menerima bayaran $60 juta bagi membenarkan data pengguna mereka dilatih untuk AI dan dikatakan Google adalah di sebalik bayaran lumayan ini. Reddit turut sedang menguji ciri penterjemahan AI yang menterjemah keseluruhan laman web mereka ke bahasa Perancis untuk memperluaskan perkhidmatan mereka di peringkat global. Terbaru, Reddit telah bekerjasama dengan OpenAI pula.

Dalam pengumuman kerjasama ini, Reddit menjelaskan yang data-data dan kandungan merekan akan diintegrasikan ke dalam ChatGPT. Dengan menggunakan API data Reddit, ChatGPT boleh memberi pengguna maklumat mengenai topik Reddit secara masa nyata dan lebih tepat. Reddit turut akan menggunakan teknologi OpenAI untuk ciri AI diperkenalkan kepada pengguna. Akhir sekali, OpenAI turut akan menjadi rakan pengiklanan Reddit dalam kerjasama ini.

Bagi yang risau akan perbualan anda di Reddit digunakan pada ChatGPT, polisi kandungan awam telah disediakan untuk membantu komuniti dan pembangun maklum yang Reddit masih mementingkan hak privasi pengguna.

Komen