Carian
Hasil Jualan Komponen Pusat Data NVIDIA Kini 10 Kali Ganda Lebih Besar Berbanding Kad Grafik
May 24, 2024 Nazrin

NVIDIA, syarikat teknologi yang cukup terkenal untuk penawaran kad grafik gaming dan kecerdasan buatan mereka baru-baru ini telah mengumumkan hasil pendapatan mereka untuk suku kewangan pertama 2025 sebanyak $26 bilion, yang merupakan peningkatan 262 peratus berbanding suku pertama pada tahun kewangan yang lepas.

Tidak mengejutkan, perkara ini adalah kerana permintaan yang tinggi untuk komponen cip pemprosesan untuk tujuan kecerdasan buatan daripada pelbagai syarikat, khususnya OpenAI untuk membangunkan pusat data adikomputer untuk tujuan tersebut kebelakangan ini.

Malah, NVIDIA mengesahkan bahawa mengikut pembahagian pendapatan untuk suku pertama kewangan tahun ini, pendapatan daripada jualan kad grafik untuk pusat data dan kecerdasan buatan adalah 10 kali ganda berbanding dengan jualan kad grafik gaming untuk pertama kalinya.

Malah, ia dijangka bahawa industri pusat data dan pembangunan teknologi baru akan memesatkan lagi pendapatan NVIDIA di masa hadapan, dimana mereka telahpun memperkenalkan projek-projek baru seperti Project Gr00t untuk pembangunan platform robot dan NVIDIA DRIVE Orin untuk pembangunan kenderaan pintar.

Komen