realme GT6 adalah peranti kelas pertengahan premium baharu realme yang akan dilancarkan di Malaysia. Peranti ini telah pun disenaraikan di SIRIM sejak awal April lalu. Terbaru, kotak realme GT6 untuk pasaran global telah tertiris dengan penjenamaan NEXT AI. Adakah ini peranti kecerdasan buatan (AI) generatif pertama realme?

Di kotak peranti turut menyenaraikan 4 ciri AI generatif yang boleh digunakan iaitu AI Night Vision (mod AI untuk skrin? kamera mungkin?), AI Smart Loop (ciri AI berkaitan teks), AI Smart Removal (ciri AI padam/isi objek pada gambar), dan AI Smart Search (ciri carian AI pada album dan peranti?). Peranti ini mungkin akan menjadi pesaing Poco F6 kerana dijangka turut akan dijana cip Snapdragon 8s Gen 3. Selain itu, sumber turut melaporkan yang GT6 mungkin akan menggunakan teknologi bateri baharu bagi menyokong sistem pengecasan pantas 100W.
Butiran bagi peranti ini masih tidak jelas. Baru-baru ini, realme Malaysia turut telah mendaftar SIRIM untuk realme GT 6T. Ia mungkin adalah variasi GT6 yang lebih mampu milik. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai kedua-dua peranti ini.