Carian
Sharge Pouch Dilancarkan – Pengecas dan Powerbank Semua Dalam Satu
May 30, 2024 Fahim Zahar

Sharge adalah pengeluar aksesori kuasa premium yang baru memasuki pasaran Malaysia. Shargeek 100 adalah power bank mereka yang kini menjadi kegemaran saya. Mereka turut bekerjasama dengan filem untuk aksesori dengan tema sains fiksyen dan banyak lagi. Baru-baru ini OnePlus telah bekerjasama dengan Sharge untuk aksesori kuasa baharu yang diberi nama Pouch.

Ia adalah powerbank kantung semua dalam satu yang turut menggabungkan pengecas SuperVOOC 55W. Pada power bank ini ia menyokong pengecasan PD 40W dengan kapasiti bateri 10,000mAh. Kabel disediakan adalah jenis USB-C ke USB-C magnetik yang boleh disimpan dengan dilekatkan pada setiap sisi Pouch menjadikannya sebagai satu kantung. Tema warna adalah putih dan merah OnePlus.

Sharge turut mengintegrasikan teknologi keselamatan pengecasan mereka agar peranti tidak akan terlebih cas. Pouch dijual pada harga $100 (~RM465) tetapi belum dijual di Malaysia secara rasmi.

Komen