Carian
MSI
MSI Claw Fallout 4 Bakal Dilancarkan
June 5, 2024 Fahim Zahar

Baru sahaja 3 bulan MSI Claw A1M dilancarkan, di acara Computex 2024 minggu ini mereka telah memperlihatkan dua konsol mudah alih baharu. Yang menjadi rebutan ramai adalah Claw 8 AI+ dengan cip Intel Lunar Lake, skrin dan bateri lebih besar serta port Thunderbolt 4. Selain itu, turut terdapat satu Claw A1M edisi terhad iaitu Fallout 4 Limited Edition.

MSI Claw Fallout Limited Edition direka berdasarkan Pip-Boy, bilik kebal dalam permainan dan juga menggunakan tema suasana selepas letupan nuklear berlaku. Antaranya adalah cetakan grafik pembilang Geiger, elemen-elemen grafik dalam permainan Fallout 4 atau juga grafik Vault Boy. Memandangkan ini adalah Claw A1M, pengalaman penggunaan seperti prestasi yang tidak cukup “tajam” masih dikekalkan. Konsol ini ditujukan untuk peminat setia permainan Fallout jika ingin membuat koleksi.

MSI menyatakan ia akan dijual pada tahun ini tetapi harga jualan dan tarikh masih tidak didedahkan. Jika anda mahukan Claw 8 AI+ dengan tema Fallout, MSI masih tidak memberi pengesahan jika konsol baharu mereka turut akan hadir dengan edisi Fallout 4. Sama-sama kita nantikan.

Komen