OnePlus 12 adalah peranti mercu mereka yang saya katakan sudah hampir “setel” kerana benar-benar memberi pengalaman penggunaan yang hebat. Akan datang, OnePlus 13 dikatakan mungkin akan menawarkan spesifikasi berganda lebih baik seperti akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 4.
Informasi ini dikongsikan oleh Digital Chat Station, yang mana melaporkan OnePlus 13 turut akan menggunakan skrin rata dengan rekaan kaca lengkungan-mikro. Ia mempunyai resolusi 2K dan adalah panel OLED LTPO. Konfigurasi kamera dikatakan mungkin lebih kurang sama dengan OnePlus 12 tetapi dengan perubahan pada kamera periskop. Paling menarik, OnePlus 13 mungkin akan dilengkapi dengan bateri 6000mAh yang secara tidak langsung boleh menjadi peranti mercu bukan gaming dengan bateri terbesar. Pengecasan pula dikatakan adalah 100W SuperVOOC.
Tiada butiran lain yang dikongsi. Jika OnePlus 13 mengikut pelancaran OnePlus 12 ia mungkin akan diperkenalkan di China terlebih dahulu sekitar November atau Disember 2024 sebelum memasuki pasaran global pada suku pertama tahun 2025. Sama-sama kita nantikan.