Carian
Ciri Windows Recall Tidak Akan Diaktifkan Secara Lalai
June 10, 2024 Effi Saharudin

Ciri Windows Recall diumumkan beberapa minggu lalu dengan ia mengingati segala aktiviti yang dilakukan oleh pemilik. Dengan kecerdasan buatan (AI), Recall boleh mencari maklumat yang diperlukan oleh pengguna. Namun begitu Recall menerima kritikan kerana didakwa boleh menimbulkan isu sekuriti keran maklumat perbankan atau mesej yang dipadam masih disimpan oleh sistem.

Dengan ciri Recall dikecam oleh pakar sekuriti, Microsoft telah mengumumkan beberapa perubahan bagi mengurangkan kerisauan pengguna. Pertama sekali Recall kelak tidak akan diaktifkan secara lalai. a hanya boleh digunakan selepas diaktifkan secara manual. Kedua pula ialah untuk menggunakan Recall, pengesahan identiti menggunakan Windows Hello perlu dilakukan terlebih dahulu.

Recall akan mula diberikan kepada Copilot+ PC bermua 18 Jun. Pada ketika ini hanya komputer Windows 11 dengan cip Snapdragon X Elite dan X Plus sahaja boleh menggunakan Recall kerana ia memerlukan NPU yang berkuasa.

Komen