Carian
Anda Kelak Boleh Akses Fail Telefon Melalui File Explorer Windows
June 10, 2024 Fahim Zahar

Antara sebab kenapa ramai profesional menggemari penggunaan produk Apple adalah kerana ekosistem yang sangat mesra pengguna. Microsoft cuba menjadikan ciri ini bersifat universal dengan Phone Link yang menyokong peranti Android dan juga iOS. Terbaru, pengguna akan dibenarkan mengakses fail telefon terus melalui File Explorer pada Windows.

Buat masa ini, Phone Link hanya membenarkan pengguna mengakses gambar dan video sahaja. Selain itu ia terhad kepada melihat notifikasi, membalas mesej, menjawab panggilan telefon, atau pada peranti Samsung yang menyokong mod hotspot dan menjadi kamera web. Ciri baharu ini akan membenarkan pengguna meletakkan peranti di File Explorer dan lebih memudahkan untuk mengakses fail seperti salin, tampal atau memindahkan sesuatu.

Buat masa ini masih tidak pasti bila ciri ini akan diedarkan kepada semua pengguna. Turut tidak pasti adalah adakah ciri ini terhad untuk peranti Samsung atau boleh digunakan oleh semua peranti Android yang mula menyokong Phone Link secara rasmi.

Komen