Carian
visionOS 2 Diumumkan Dengan Ciri Skrin Maya Gergasi Resolusi Tinggi dan Gestur Baharu
June 11, 2024 Effi Saharudin

Selain iOS 18 dan macOS Sequoia, visionOS 2 turut diumumkan dengan beberapa ciri baharu yang akan memudahkan lagi set perkomputeran spatial ini digunakan oleh pemilik. Ciri pertama yang diumumkan ialah kemampuan mengubah sebarang gambar menjadi versi spatial. Menerusi pembelajaran mesin, gambar lama yang dirakam secara 2D akan diubah menjadi 3D dan ditonton khusus menerusi Vision Pro.

Gestur baharu yang diperkenalkan pula dengan ia mempercepatkan akses kepada Home View dan Control Center. Selain itu proses melihat tahap kuasa bateri dan mengubah tahap audio pula boleh di kawal degan memutarkan tangan di udara.

Untuk mereka yang menggunakan Vision Pro untuk melakukan kerja pula, ciri Mac Virtual Display menyokong resolusi lebih tinggi dengan skrin maya ultra lebar bersamaan dua monitor 4K secara sebelah menyebelah. Sokongan tetikus lebih baik dan kemampuan melihat papan kekunci Magic Keyboard di dalam dunia maya sepenuhnya juga diberikan buat pertama kali.

Selain itu kemas kini lain yang menarik ialah menonton lima skrin kandungan Apple TV secara serentak untuk acara sukan bagi pengalaman lebih menyeluruh, Travel Mod dalam kereta api, sokongan melihat kandungan Vision Pro pada iPhone menerusi AirPlay dan menonton YouTube atau Netflix di dalam mod Environment menerusi Safari juga diberikan. visionOS 2 kini boleh diuji oleh pembangun dengan kemas kini kepada umum akan dilakukan menjelang penghujung 2024 kelak.

Komen