Carian
ChromeOS Kini Dibangunkan Dengan Tindanan Android Bagi Membawakan Ciri AI
June 13, 2024 Effi Saharudin

ChromeOS sudah wujud sejak 13 tahun yang lalu sebagai sistem operasi untuk komputer oleh Google. Kerana ia di bawah payung Google, maka sokongan Android diberikan bagi menghasilkan ekosistem yang menyeluruh. Untuk memudahkan lagi ciri-ciri yang ada pada Android dibawa ke ChromeOS, sistem operasi ini akan mula dibangunkan menggunakan lebih banyak tindanan Android (Android Stack).

Menerusi inisiatif ini, ChromeOS akan mula menggunakan kernel Android Linux dan rangka kerja Android sebagai asas sistem operasi. Ini membolehkan lebih banyak ciri AI seperti Gemini diperkenalkan pada sistem operasi selepas ini. Sebelum ini ChromeOS hanya berkongsi tindakan bluetooth yang sama dengan Android.

Sejak 2015 lagi kami mendengar laporan Google ingin menggabungkan Android dan ChromeOS menerusi projek seperti Fuchsia. Tetapi pembangunannya telah lama terbengkalai. Pengumuman hari ini mungkin tidak diperlukan sekiranya Google meneruskan usaha menghasilkan satu sistem operasi untuk semua seperti rancangan asal mereka.

Komen