Carian
Shopee Menjenamakan Semula “Instant Delivery” Kepada “Same Day Delivery” – Terima Barangan Yang Dibeli Pada Hari Sama
June 20, 2024 Aman

Shopee kini dilihat telah menjenamakan semula ciri penghantaran segera “Instant Delivery” kepada nama baharu yang mungkin lebih mesra orang ramai, iaitu “Same Day Delivery”. Ini juga sekaligus memberikan gambaran yang pengguna akan menerima barangan dibeli pada hari yang sama. Untuk makluman, Shopee menjayakan ciri ini melalui penggunaan rakan penghantar ShopeeFood.

Pesanan ini tertakluk kepada beberapa penjual terpilih, dan untuk pesanan yang dibuat sebelum jam 2 petang pada sesuatu hari sahaja. Pesanan yang dilakukan selepas 2 petang, akan diterima pada keesokkan harinya.

Bersama penjenamaan semula ini juga, ciri penghantaran segera pada hari sama ini diperluaskan ke beberapa kawasan terpilih sekitar Johor, Pulau Pinang, Perak dan Sabah – selain di Lembah Klang. Jarak antara penjual dan pembeli juga perlulah dalam 30 kilometer, selain bersaiz kecil.

Apa pun, untuk makluman, caj penghantaran segera ini adalah kadang-kala lebih mahal daripada caj penghantaran biasa, memandangkan ia diambil kira mengikut jarak setiap kilometer, selepas caj asas sebanyak RM5. Shopee menawarkan kupon RM7 bersempena dengan pengenalan ciri baharu ini untuk masa terhad.

Komen