Carian
Sooka Kini Mempunyai Lebih 1 Juta Pengguna
June 26, 2024 Aman

Astro kini berkongsi menyatakan perkhidmatan penstriman mereka dinamakan Sooka telah pun mencapai lebih satu juga pengguna berdaftar. Buat masa ini, ia tidak diketahui berapakah bilangan pelanggan berbayar untuk Sooka. Astro sekadar berkongsi menyatakan Sooka memperlihatkan kadar peningkatan 86% dari tahun ke tahun untuk jumlah pelanggan berbayar.

Sooka sebelum ini telah dilancarkan pada tahun 2021 yang lepas, dan menawarkan perkhidmatan penstriman video serta langganan untuk akses sejumlah kandungan eksklusif. Astro turut menekankan yang mana Sooka merupakan satu-satunya aplikasi penstriman yang menawarkan liputan sukan langsung, termasuk EURO2024. Ini sekaligus membolehkan para peminat sukan turut mendapatkan kandungan yang diminati mereka melalui platform berkenaan, selain filem dan siri-TV.

Untuk tahun ini juga, Sooka telah melancarkan sebuah penyambung ke televisyen, dinamakan Sooka TV Stick. Selain itu, Astro juga bekerjasama dengan sejumlah rakan kerjasama, termasuk Maxis, Hotlink, UMobile, CelcomDigi, Haier, LG, Hisense, Toshiba, Touch ‘ n Go, Zalora, dan juga Tealive untuk penawaran Sooka ini.

Komen