YouTube Berbincang Dengan Sony, Warner, dan Universal Untuk Melatih AI Menggunakan Muzik Artis Rakaman
Effi Saharudin
YouTube dilaporkan sedang melakukan perbincangan dengan Sony Music, Universal Music Group dan Warner Records bagi mendapatkan kebenaran melatih kecerdasan buatan (AI) menggunakan katalog lagu artis di bawah naungan tiga syarikat penerbitan muzik ini. Menurut laporan Financial Times, muzik dari beberapa dozen artis rakaman ingin dilesenkan oleh YouTube secara sah.

Pada November tahun lalu, YouTube memperkenalkan ciri Dream Track for Shorts yang menjana lagu latar belakang sepanjang 30 saat mengikut gaya sembilan artis terkemuka Alec Benjamin, Charlie Puth, Charli XCX, Demi Lovato, John Legend, Papoose, Sia, T-Pain, dan Troye Sivan. Muzik yang dijana kemudian hanya boleh digunakan dalam video Shorts.
Pelesenan dilakukan bagi mengelakkan isu disaman di masa hadapan. Minggu ini Udio dan Suno telah disaman oleh Sony Music, Universal Music Group dan Warner Records kerana didakwa melatih AI menjana muzik mereka menggunakan karya artis tanpa kebenaran.