Carian
Samsung Galaxy Watch Ultra Dan Galaxy Buds3 Pro Turut Tertiris
June 28, 2024 Fahim Zahar

Hari ini, Samsung Galaxy Z Fold6 dan Flip6 telah tertiris sepenuhnya memperlihatkan rekaan berkotak. Selain itu, tiga produk lain yang dijangka turut akan dilancarkan pada 10 Julai nanti turut tertitis iaitu Galaxy Watch Ultra, Galaxy Buds3 Pro dan juga Galaxy Buds3.

Rekaan Watch Ultra yang tertiris mirip dengan imej pengolokan sebelum ini yang mana jelas sekali Samsung mengambil Apple Watch Ultra sebagai inspirasi. Tali jam dilihat kini menggunakan sambungan tersendiri dan imej tertiris ini memberi petanda jam ini adalah jenis tahan lasak. Galaxy Watch7 yang tertiris pula masih nampak lebih kurang sama dengan Watch6, mungkin perisian yang akan menjadikan beza paling ketara.

Untuk Galaxy Buds3 Pro dan Galaxy Buds, buat pertama kalinya Samsung menggunakan rekaan bertangkai selepas sekian lama menggunakan rekaan putik telinga sahaja. Walaupun rekaan nampak mirip AirPods Pro, tangkainya lebih bersegi dan nampak lebih seksi. Pilihan warna gelap menampakkan rekaan yang lebih ranggi.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut seperti spesifikasi penuh dah ciri menarik yang bakal ditawarkan pada setiap produk ini. Sebagai pengguna Galaxy Watch6, saya tidak sabar untuk melihat apakah keistimewaan pada Watch Ultra ini.

Komen