Carian
Rekaan Samsung Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6 Tertiris Sepenuhnya
June 28, 2024 Effi Saharudin

Tinggal sekitar dua minggu sahaja lagi sebelum Samsung Gaalxy Z Fold6 dan Z Flip6 dilancarkan secara rasmi ketika acara Unpacked di Paris. Seperti biasa rekaan penuh peranti telah tertiris sepenuhnya sekali lagi menerusi laman Winfuture.de. Dapat dilihat perubahan rekaan pada Galaxy Z Fold6 yang lebih berkotak dengan skrin luar pula mirip yang digunakan pada Galaxy S24 Ultra.

Bongol kamera nampak lebih besar tetapi menurut beberapa maklumat yang tertiris sebelum ini, tiada perubahan akan dilakukan pada sensor kamera utama maupun kamera swafoto pada model tahun ini. Pada Galaxy Z Flip6 pula perubatan yang dilakukan tidak begitu ketara cuma sisi yang lebih berkotak.Skrin masih lagi sama begitu juga dengan penggunaan hanya dwi-kamera pada bahagian luar.

Kebanyakan ciri baharu pada model ini dipercayai hanya dilakukan dalam bentuk perisian. Jika anda memiliki Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5, ciri Galaxy AI sudahpun diberikan boleh digunakan membuatkan penaiktarafan ke model tahun ini mungkin kurang berbaloi. Selain dua peranti lipat ini, Samsung juga akan melancarkan jam tangan Galaxy Watch7, Galaxy Buds3 dan Galaxy Ring.

Komen