Carian
Akhirnya, Google Podcasts Tidak Lagi Boleh Digunakan Di Malaysia
June 28, 2024 Aman

Google sebelum ini sedia mengumumkan penamatan Google Podcasts pada 23 Jun 2024, namun ia masih boleh diakses dan digunakan untuk mendengar podsiar selepas tarikh berkenaan. Namun, kini, akhirnya Google memilih untuk menamatkan sepenuhnya akses pada aplikasi tersebut.

Kini, apabila mengakses aplikasi Google Podcasts, pengguna akan dipaparkan dengan notis “Google Podcasts Tidak Tersedia”, dan hanya memberikan pilihan untuk pengguna mengeksport senarai langganan masing-masing. Pengguna juga boleh pindahkan langganan ke YouTube Music.

Google turut memberikan amaran yang mana Google Podcasts akan ditamatkan sepenuhnya pada 30 Ogos 2024, dan senarai mainan pengguna perlulah dieksport sebelum tarikh berkenaan – atau ia akan dipadam sepenuhnya.

Komen