Carian
Google Circle To Search Turut Akan Menyokong Imbasan Kod QR
July 1, 2024 Fahim Zahar

Google Circle to Search adalah kaedah carian paling efisien pernah ditawarkan untuk peranti Android. Sayang sekali, hebat dan pantas mana ciri ini ia masih tidak menyokong imbasan kod bar dan kod QR. Perkara ini walau bagaimanapun akan berubah dalam kemas kini akan datang.

Ciri ini dilihat membolehkan pengguna mengimbas kod bar atau kod QR dengan lebih pantas kerana ia menyokong imbasan yang banyak secara serentak. Bukan itu sahaja, setiap satu imbasan yang berjaya turut akan mempunyai pra-lihat kepada kandungan seperti URL penuh dan lain-lain. Buat masa ini, ciri ini masih dalam peringkat pembangunan kerana ia masih tersembunyi dalam aplikasi Google versi 15.25.32.

Circle to Search turut akan menyokong carian audio tidak lama lagi. Sekarang ciri ini terhad kepada pengguna Samsung Galaxy dan Google Pixel terpilih, tetapi akan datang ia akan diperluas ke lebih banyak peranti lain.

Komen