Carian
Meta Pula Didakwa Di EU Kerana Melanggar Akta DMA
July 2, 2024 Effi Saharudin

Meta menjadi syarikat kedua selepas Apple yang didakwa oleh Kesatuan Eropah (EU) kerana didapati melanggar Akta Pasaran Digital (DMA). EU mengatakan tindakan Meta yang meminta pengguna memilih membayar untuk perkhidmatan tanpa pengiklanan atau perkhidmatan percuma tetapi dengan data peribadi digunakan untuk pengiklanan melanggar akta yang diwartakan bagi memastikan hak penduduk EU.

Pada pandangan EU, pengguna seharusnya diberikan pilihan ketiga dimana iklan masih dipaparkan tetapi dengan penggunaan data peribadi pengguna yang lebih terhad. Sejak dari awal penubuhan syarikat, Meta menggunakan data pengguna sebagai bayaran untuk perkhidmatan percuma di Facebook dan Instagram.

Menerusi dakwaan ini, EU ingin memberikan kuasa kepada pengguna untuk mengawal bagaimana data peribadi mereka digunakan serta memilih untuk tidak disajikan pengiklanan bersasar mengikut tabiat penggunaan. Syarikat yang didapati bersalah melanggar DMA berhadapan dengan sebanyak 10% pendapatan tahunan mereka.

Meta menolak dakwaan EU dan menyatakan perkhidmatan berbayar tanpa iklan mereka mengikuti DMA. Mereka kini melihat Mereka berharap untuk mengadakan dialog yang lebih membina dengan EU bagi menyelesaikan isu ini.

Komen