Carian
CMF Phone 1 Disahkan Menggunakan Kamera 50MP Dengan Ciri Ultra XDR
July 3, 2024 Fahim Zahar

Spesifikasi CMF Phone 1 iaitu telefon pintar pertama di bawah CMF by Nothing telah pun tertiris. Peranti ini dikatakan akan dijana cip Dimensity 7300, menggunakan kamera 50MP, skrin AMOLED 120Hz, dan ada ciri panel belakang boleh tukar. Baru-baru ini CMF by Nothing sendiri telah mengesahkan salah satu spesifikasi yang tertitis ini.

Imej yang dikongsi memperlihatkan bonggol kamera kecil dengan dua sensor berada di atas dan di bawah sama sendiri. Sensor utama dikatakan adalah daripada Sony jenis 50MP dengan bukaan lensa f/1.8. Nothing akan membawakan algoritma kamera Nothing ke CMF Phone 1 serta turut memberikan ciri Ultra XDR. Sensor kedua tidak didedahkan tetapi menurut maklumat tertiris ia adalah sensor kedalaman.

Di keliling bonggol kamera CMF Phone 1 turut kelihatan skru. Kemudian peniris terkenal Yogesh Brar turut mendedahkan aksesori panel belakang berbeza untuk peranti ini, mengesahkan yang CMF Phone 1 mempunyai panel belakang boleh tukar. Sama-sama kita nantikan pelancaran peranti baharu CMF by Nothing 8 Julai nanti.

Komen