Carian
CMF Watch Pro 2 Mempunyai Bezel Yang Boleh Ditukar Ganti
July 5, 2024 Effi Saharudin

CMF Phone 1 telah disahkan menyokong aksesori panel belakang boleh ditukar, tali lanyard, tongkat boleh tanggal dan mungkin pek bateri tambahan. Hari ini CMF berkongsi imej baharu untuk jam tangan pintar Watch Pro 2 pula dan seperti telefon pintar, ia juga menyokong aksesori yang boleh ditukar ganti.

Berdasarkan imej di atas jelas bezel jam boleh ditanggalkan. Bagaimana ia bersambung dan berapa aksesori bezel tambahan yang akan ditawarkan masih lagi misteri pada ketika ini. Produk CMF nampaknya turut mempunyai ciri unik seperti syarikat induk mereka Nothing. Sama ada ia akan mendapat sambutan kelak hanya akan diketahui selepas pelancaran produk pada 8 Julai depan.

Sebelum ini Motorola dan Essential Phone turut menawarkan telefon pintar dengan aksesori modular seperti kamera, DAC, panel 5G, projektor dan speaker tambahan. Kedua-duanya tidak mendapat sambutan dan sehingga kini tidak lagi ditawarkan kepada umum.

Komen