Carian
CMF Phone 1 Hanya Menyokong Kemas Kini 2+3 Tahun
July 9, 2024 Fahim Zahar

Semalam, CMF Phone 1 telah dilancarkan dengan spesifikasi menarik pada harga mampu milik. Ia juga menawarkan ciri kustomasi yang unik seperti panel belakang boleh tukar, ekosistem aksesori tersendiri serta perisian mirip dengan peranti mercu Nothing.

Dengan harga RM1,099, CMF Phone 1 menawarkan kemas kini versi Android selama 2 tahun dan kemas kemas kini tampalan sekuriti untuk 3 tahun. Ini bermakna, CMF Phone 1 akan disokong sehingga setahun selepas ia menerima kemas kini Android 16.

Anda akan menghabiskan wang sebanyak RM1,375 untuk aksesori lengkap. Dengan harga seperti ini ia adalah satu penawaran yang menarik jika anda ingin mencuba Nothing OS tanpa berbelanja lebih. CMF Phone 1 dan semua aksesorinya akan dijual bermula 15 Julai nanti.

Komen