Carian
Perkhidmatan Teksi Terbang Akan Ditawarkan Di Sukan Olimpik Paris
July 11, 2024 Effi Saharudin

Sukan Olimpik Paris yang akan berlangsung akhir bulan ini akan menjadi yang pertama menawarkan perkhidmatan teksi terbang. Volocopter diberikan kebenaran menawarkan perkhidmatan teksi terbang antara lapangan terbang Roissy-Charles de Gaulle dan Le Bourget ke lapangan teksi terbang Quai d’Austerlitz yang terletak di tengah-tengah Paris.

Volocopter VoloCity yang akan digunakan di Paris

Volocopter diberikan kebenaran melakukan operasi sehingga 31 Disember 2024. Setiap teksi boleh membawa dua orang penumpang. Laluan udara khusus untuk perkhidmatan ini membolehkan ia beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang dan terbang antara ketinggian 120 hingga 300 meter. Lesen yang diberikan juga menghadkan sebanyak dua penerbangan sahaja boleh dilakukan setiap jam.

Walaupun kebenaran diberikan oleh pihak berkuasa, ia masih menerima tentangan daripada sesetengah kumpulan yang risau teksi terbang akan menyebabkan pencemaran udara. Sungguhpun begitu perkhidmatan jangka pendek ini akan dijadikan makmal untuk melihat sama ada teksi terbang sesuai ditawarkan sebagai pengangkutan awam di Paris.

Sejak 2019 lagi, penganjur Sukan Olimpik Paris mengumumkan mereka akan menawarkan perkhidmatan ini cuma pada ketika itu ia melibatkan Airbus. Volocopter dipilih mungkin kerana ia paling banyak melakukan ujian penerbangan dengan jayanya dan telahpun menandatangani beberapa MOU untuk memulakan operasi. Di Malaysia misalnya, Volocopter mengkaji membina lapangan teksi terbang dengan kerjasama Malaysia Airports dan Skyports

Komen