Carian
Imej Rasmi Siri Realme 13 Pro 5G Diperlihatkan Kepada Umum
July 11, 2024 Amy Maizuraa

Masih ingat dengan peranti baharu Realme yang kami cuba di Bangkok tempoh hari? Tidak lain tidak bukan sudah tentulah Realme 13 Pro+ 5G yang sebelum ini kami hanya didedahkan dengan kemasan akhir peranti yang masih belum dapat dipastikan. Namun akhirnya Realme berkongsi rekabentuk rasmi melalui beberapa kemaskini baharu di X dan YouTube.

Realme menggunakan tubuh yang sepenuhnya melengkung di bahagian hadapan dan belakang. Ia juga mempunyai bonggol kamera utama yang besar seakan siri Realme 12 dengan tiga sensor disediakan. Dua daripadanya menggunakan sensor utama berasaskan Sony LYT-701 baharu dengan OIS. Ini digabungkan juga dengan sensor telefoto periskop 50MP Sony LYT-600 dengan kemampuan zum optikal 3X.

Keadaan bertambah baik apabila ianya digandingkan dengan teknologi pengimejan baharu Realme yang dipanggil sebagai HYPERIMAGE+. Selain turut mengintegrasikan ciri berasaskan AI yang diyakini mampu meningkatkan pengalaman fotografi ke tahap lebih baik. Ciri yang disediakan merangkumi AI HyperRAW Algorithm, AI Pure Bokeh, AI Natural Skin Tone, AI Ultra Clarity, AI Smart Removal dan AI Group Enhance.

Masih belum jelas mengenai perkakasan dalaman namun Realme menjanjikan sesuatu yang menarik menerusi penawaran kali ini. Peranti juga disahkan tiba sekitar bulan ini dengan tarikh yang masih belum diperincikan buat masa ini.

Komen