Ultra HDR adalah ciri baharu pada Android 14 di mana peranti yang terpilih boleh memaparkan imej dengan nilai dinamik lebih tinggi. Paparan setiap imej juga lebih hidup, misalnya kesan sinaran matahari pada imej pemandangan pandai akan lebih terang di bahagian matahari. Ciri ini kelak akan disokong pada lebih banyak aplikasi.

Setiap pengeluar peranti menggunakan nama berbeza seperti Samsung dengan Super HDR, Oppo/OnePlus/realme dengan ProXDR, Nothing dengan Ultra XDR atau Pixel dengan Ultra HDR. Google sedang mengemaskini API Camera2 mereka dengan Jetpack CameraX untuk Ultra HDR. Pembangun aplikasi kelak boleh menggunakan API ini untuk diintegrasikan ke dalam kod masing-masing seperti Instagram. Instagram sekarang terhad kepada peranti Samsung sahaja.

Ultra HDR adalah ciri di mana imej SDR dan HDR disimpan dalam satu fail. Ia juga disimpan dalam format JPEG membolehkan imej sama dilihat pada mana-mana skrin. Cuma dengan skrin HDR, butiran imej adalah lebih jelas dan dinamik. Sama-sama kita nantikan kemas kini aplikasi media sosial yang pasti akan lebih cantik memaparkan imej dengan sokongan Ultra HDR ini.