Oppo Dan Ericsson Memeterai Perjanjian Perlesenan Paten 5G
Aman
Oppo hari ini mengumumkan mereka telah memetarai perjanjian perlesenan global bersama Ericsson untuk penggunaan paten, kerjasama teknikal, serta kerjasama berkaitan yang lain. Perjanjian perlesenan ini meliputi beberapa paten melibatkan teknologi komunikasi, termasuk 5G.
Oppo mengatakan mereka telah memfailkan lebih 103,000 paten pada peringkat global, dan lebih 57,000 telah dianugerahkan kepada mereka buat masa ini.
Menyentuh mengenai perjanjian kerjasama ini, Oppo menyatakan perjanjian ini memperlihatkan kedua-dua pihak saling menghormati pencapaian dan penemuan masing-masing, selain bersetuju dalam memperkukuhkan ekosistem perkongsian IP yang sihat dalam industri.
Sebelum ini juga, Oppo turut telah mengumumkan kerjasama paten dengan pihak Nokia dan juga Huawei.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.