Beberapa minggu lepas terdapat khabar angin yang Xiaomi ingin memperkenalkan ciri baharu untuk HyperOS, di mana klik satu butang untuk matikan semua iklan. Idea untuk ciri ini telah didengar sejak tahun 2019 dan pada tahun yang sama idea butang ini turut kedengaran. Xiaomi baru-baru ini mengeluarkan kenyataan dan mengesahkan tiada butang untuk matikan iklan akan diperkenalkan.

Sebaliknya mereka berjanji yang akan datang peranti mereka hanya mempunyai aplikasi gendut yang lebih sedikit. Perkara ini akan terkesan dalam peranti mercu baharu mereka. Satu butang untuk mematikan iklan ini tidak akan ditawarkan kerana menurut mereka, hanya golongan kecil sahaja yang akan menyedari kewujudan butang ini. Mereka tidak ingin menjadikan pembangun perisian mereka sia-sia jika satu ciri atau fungsi tidak ramai yang gunakan.
Ini adalah keputusan yang mengecewakan. Tidak masuk akal untuk memaparkan iklan pada peranti yang dibeli dengan hasil titik peluh pengguna. Kenyataan Xiaomi menjelaskan aplikasi gendut berkurangan pada peranti mercu, tetapi di Malaysia yang ramai mengadu adalah pengguna peranti kelas pertengahan. Harap Xiaomi akan mengubah fikiran atas perkara ini. Apa pendapat anda?