Carian
Spesifikasi Google Tensor G4 Tertiris, Tidak Banyak Perbezaan Dengan Tensor G3
August 1, 2024 Fahim Zahar

Bulan September tahun lepas, telah kami laporkan yang cip Google Tensor G4 yang akan digunakan pada siri Pixel 9 tidak akan mempunyai perubahan besar dengan Tensor G3 yang digunakan pada siri Pixel 8. Spesifikasi Tensor G4 yang tertiris baru-baru ini mengesahkannya.

Tensor G3 pada Pixel 8

Tensor G4 menggunakan konfigurasi 4x Cortex-A520 + 3x Cortex-A720 + 1x Cortex-X4. Tahun lepas Tensor G3 menggunakan konfigurasi 4x Cortex-A510 + 4x Cortex-A715 + 1x Cortex-X3. Dengan membuang 1 teras, secara teorinya penggunaan kuasa adalah lebih rendah dan peranti juga tidak mudah memanas. Untuk GPU, ia masih lebih kurang sama dengan Tensor G3 iaitu Mali-G715 cuma ia kini mempunyai kuasa 940MHz berbanding 890MHz sebelum ini.

Secara keseluruhan cip baharu ini hanya mempunyai prestasi satu teras 11% lebih tinggi dan untuk multi-teras pula hanya 3% lebih baik. Tensor G4 turut akan dipadankan dengan modem Exynos 5400 yang membawakan sokongan komunikasi satelit. Perubahan besar pada cip hanya akan berlaku pada Tensor G5 tahun hadapan. Pixel 9 dengan Tensor G4 turut disahkan akan tiba ke Malaysia akhirnya selepas 8 tahun menantikannya.

Komen