Sonos Mempertimbangkan Untuk Melancarkan Semula Aplikasi Lama Mereka
Fahim Zahar
Sejak Sonos Ace dilancarkan, mereka tekah dikecam teruk. Bukan kerana set fon kepala baharu mereka yang mahal atau menyokong codec yang terhad, sebaliknya adalah kerana aplikasi baharu yang dilancarkan tidak sempurna, banyak ciri dan fungsi dibuang tanpa sebab dan penuh dengan pepijat. Terbaru, The Verge melaporkan aplikasi lama Sonos mungkin akan dilancarkan semula.

Aplikasi baharu mereka sangat teruk kerana Patrick Spence selaku CEO Sonos mahukan aplikasi ini dibangunkan semula dari awal dan bukan mengemaskini aplikasi sedia ada. Namun atas kerana ramai pengguna setia meluahkan rasa kecewa dengan banyak ciri tidak boleh digunakan, sementara aplikasi baharu diperbaiki Sonos mempertimbangkan untuk mengembalikan aplikasi lama. Aplikasi baharu yang sangat teruk ini membawakan rating 1.3 bintang di Google Play Store serta membuatkan pelancarkan soundbar Sonos baharu ditunda.
[sumber] The Verge [/sonos]