Nothing Phone (2a) Plus Akan Ke Malaysia Tidak Lama Lagi
Fahim Zahar
Bulan lepas MediaTek telah melancarkan Dimensity 7350 sebagai cip peranti kelas pertengahan premium baharu. Mereka kemudian meneruskan kerjasama bersama Nothing untuk cip khas Dimensity 7350 Pro pada Nothing Phone (2a) Plus. Selepas tiga minggu peranti ini dilancarkan, Nothing Malaysia mengesahkan kehadirannya ke pasaran tempatan.

[info] Ulasan Nothing Phone (2a) – Bolehlah! [/info]
Phone (2a) Plus adalah Phone (2a) dengan pilihan warna baharu, kamera swafoto 56% lebih berkualiti, pengecasan lebih pantas dan cip yang 10% lebih berkuasa. Semasa Phone (2a) dilancarkan, ia adalah pengganti Phone (1) dan alternatif Phone (2) yang lebih mampu milik. Sementara Phone (2a) Plus adalah untuk yang mahukan peranti kelas pertengahan sedikit lebih berkuasa tetapi tidak mahu berbelanja untuk peranti mercu.

Cip Dimensity 7350 Pro dipadankan dengan memori 20GB RAM (12GB LPDDR5 + 8GB Maya) dan storan 256GB UFS 3.1. Kamera utama masih sama dengan Phone (2a), kamera swafoto adalah 50MP dengan 56% kualiti lebih baik, bateri pula 5000mAh dengan pengecasan pantas 50W.

Untuk spesifikasi lanjut Nothing Phone (2a) Plus anda boleh semak artikel pelancaran kami di sini. Ia menjalankan Nothing OS 2.6 dengan pembaca berita AI. Dua warna akan ditawarkan iaitu kelabu dengan kemasan metalik serta hitam yang lebih cool. Harga dan tarikh pelancaran akan diumumkan tidak lama lagi. Terus ikuti Amanz.