Xiaomi Akan Melancarkan Peranti Nirbutang Tahun Depan
Effi Saharudin
Xiaomi dikhabarkan akan melancarkan telefon pintar nirbutang pertama mereka awal tahun depan. Peranti dengan kod nama Zhuque ini tidak akan mempunyai butang kawalan fizikal sebaliknya digantikan dengan pad sesentuh yang mengesan tekanan, mengesan gestur dan dikawal menggunakan suara.

Spesifikasi lain yang tertiris ialah ia akan dilengkapi cip Snapdragon 8+ Gen 4 dan mempunyai kamera swafoto bawah skrin. Ia menyasarkan pelancaran antara bulan April dan Jun 2025. Sebelum ini beberapa percubaan untuk menghasilkan peranti nirbutang tidak mendapat sambutan. Meizu Zero ialah yang pertama dihasilkan tetapi gagal mendapat sambutan apabila dilancarkan menerusi laman Indiegogo.
Kemudian Oppo memperlihatkan peranti konsep nirbutang pada tahun 2018 dan Vivo Apex 2020 pula pada tahun 2020. Adalah selepas empat tahun, akhirnya teknologi moden akan akhirnya membolehkan peranti nirbutang diterima pengguna?
[sumber] Smartprix [/sumber]