Oppo Turut Memperlihatkan Peranti Skrin Tri-Lipat
Effi Saharudin
Minggu ini Tecno Phantom Ultimate 2 diperlihatkan dengan rekaan skrin tri-lipat. Walaupun tiada maklumat ia akan dijual, video pendek yang dikongsi menunjukkan bagaimana peranti dengan rekaan ini mempunyai pelbagai fungsi yang praktikal dalam kehidupan seharian. Hari ini Oppo juga tidak ketinggalan untuk memperlihat peranti tri-lipat mereka.

Rekaan peranti yang tidak didedahkan namanya ini didedahkan oleh Zhou Yibao, pengurus produk Find di Oppo menerusi laman Weibo. Seperti Phantom Ultimate 2, peranti akan menggunakan rekaan dilipat dalam bentuk Z dengan bezel yang nipis. Antaramuka mempunyai talam aplikasi yang memanjang di bahagian bawah skrin. Tetapi hanya skrin sahaja didedahkan tetapi sistem kamera misalnya tidak diperlihatkan.
Walaupun jualan peranti skrin boleh-lipat masih rendah jika dibandingkan dengan peranti dengan rekaan konvensional. Ia tidak menghalang pengeluar peranti untuk menawarkan rekaan yang semakin kompleks. Hampir empat tahun lalu, Oppo X 2021 diperlihatkan dengan skrin bergulung. Ia sehingga hari ini hanya sekadar konsep. Sama ada Oppo akan melancarkan peranti tri-lipat ini masih lagi misteri.
[sumber] Innogyan [/sumber]