DJI Menjadualkan Acara Khas Pada 19 September 2024
September 13, 2024
Fotografi
Amy Maizuraa
DJI baru sahaja melancarkan dron Neo minggu lalu dan kini dalam persediaan untuk produk lain pula. Melaluinya DJI telah menjadualkan sebuah acara pelancaran pada 19 September yang akan datang tanpa mendedahkan butiran sebenar produk. Namun orang ramai mengaitannya dengan DJI Osmo Action 5 Pro yang juga dijangka boleh menjadi pencabar untuk GoPro HERO13 Black baharu.

Lebih menguatkan spekulasi apabila tular satu gambar memaparkan DJI Osmo Action 5 Pro dengan kemasan ringkas dan tubuh tahan lasak. Turut dijangka disertakan pada kamera ialah sensor 1/1.3-inci dengan bukaan aperature f/2.8 dan sudut pandang 155°, diikuti dengan sokongan pengecasan berwayar yang pantas.