Wordle Kini Ke Metamesta Melalui Meta Quest 2, Quest 3 Dan Quest Pro
Fahim Zahar
Wordle adalah permainan tekaria ringkas untuk meneka perkataan lima huruf berbahasa Inggeris yang rawak dikeluarkan setiap hari. Selepas diambil-alih oleh syarikat akhbar popular The New York Times dengan nilai tujuh angka, banyak perubahan telah dilakukan dan terbaru permainan ini telah tiba ke dunia metamesta.
Meta mengumumkan baru-baru ini yang mereka telah bekerjasama dengan NYT untuk membawa Wordle ke dunia metamesta melalui Meta Quest 2, Meta Quest 3 dan Meta Quest Pro. Ia akan tiba melalui aplikasi tersendiri yang boleh dimuat turun dalam gedung aplikasi Meta. Berdasarkan video yang dikongsi, Wordle dalam metamesta adalah permainan yang sama cuma berada dalam mod tetingkap yang imersif untuk pengguna fokus dan khusyuk memikirkan huruf-huruf yang tepat.
Memandangkan Meta Quest tidak dijual di Malaysia secara rasmi, diharapkan Wordle yang percuma dimainkan ini akan ditawarkan ke platform metamesta lain seperti Pico 4 Ultra.
[sumber] Meta [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.