Carian
Google, Qualcomm dan Masimo Bekerjasama Bangunkan Platform Rujukan Jam Tangan Pintar
September 17, 2024 Fahim Zahar

Masimo adalah syarikat yang menjayakan teknologi oksimeter pada sebuah jam tangan pintar melalui rekaan sensor dan algoritma tersendiri. Teknologi mereka dikatakan telah digunakan oleh Apple Watch tanpa kebenaran menyebabkan ciri mengesan kepekatan oksigen dalam darah pada jam Apple tidak lagi disokong jika ia ingin terus dijual. Terbaru, Masimo telah mengumumkan kerjasama dengan Google dan Qualcomm bagi membangunkan platform rujukan untuk jam tangan pintar Wear OS.

Masimo mempunyai jam tangan pintar mereka sendiri iaitu Freedom. Namun begitu, kerjasama bersama Google dan Qualcomm ini adalah bagi membangunkan platform rujukan untuk pengeluar jam Wear OS. Masimo akan membekalkan alatan penjejakan kesihatan dan kecergasan seperti biosensor mereka. Dengan kerjasama ini, Masimo menjamin yang jam Wear OS akan mempunyai ciri oksimeter bertarap hospital dan boleh menjadi standard untuk semua jam dalam platform yang sama.

Walaupun Masimo, Qualcomm dan Google mempunyai platform rujukan, pengeluar jam Wear OS lain masih mempunyai kebebasan dalam kreativiti untuk merekabentuk dan memilih sendiri semua komponen jam mereka. Masimo hanya inginkan jam Wear OS lain mempunyai sensor yang jitu seperti jam Wear OS terbaru mereka iaitu W1 Sport.

Komen