Carian
Rekaan Rangka Luaran Lenovo Legion Go “Lite” Tertiris
September 26, 2024 Nazrin

Konsol permainan PC mudah-alih Lenovo Legion Go merupakan salah satu daripada konsol permainan kegemaran kami kerana spesifikasi dalamannya yang berkuasa, paparan skrin yang lebih besar berbanding penawaran dari syarikat yang lain dan beberapa gimik seperti alat kawalan yang boleh ditanggalkan.

Terkini, nampaknya rangka luaran untuk konsol baru daripada Lenovo, iaitu Lenovo Legion Go “Lite” telah tertiris ke arena web. Rangka ini memperlihatkan saiz paparan skrin yang lebih kecil dan juga alat kawalan yang terpasang secara terus pada konsol dan tiada kemampuan untuk dicabut seperti pada konsol asal.

Konsol Legion Go Lite ini boleh dilihat sebagai konsol ketiga daripada sebuah syarikat pembuat komputer riba. Perbezaan utama disini ialah dimana ASUS ROG Ally X dan MSI Claw 8 AI+ tampil dengan spesifikasi lebih berkuasa, ia dijangka bahawa Legion Go Lite akan hadir dengan spesifikasi yang sama, ataupun lebih rendah berbanding dengan konsol asal.

Bercakap mengenai spesifikasi, setakat ini ia tidak diketahui lagi samada Legion Go Lite ini akan menggunakan cip pemprosesan AMD Ryzen Z1 Extreme yang sama, atau Ryzen Z1 yang kurang berkuasa atau cip pemprosesan AMD yang lain.

Tarikh pelancaran konsol ini juga tidak disahkan lagi, tetapi jangkaan awal ialah ia tidak akan menggunakan cip pemprosesan AMD Ryzen Z2 Extreme yang mungkin akan diperkenalkan awal tahun hadapan.

Komen