Carian
Sistem Penangkis Dron Leonidas Kini Lebih Kompak Dan Mudah Alih
October 1, 2024 Effi Saharudin

Sistem penangkis dron Epirus Leonidas telah kami laporan sebelum ini pada tahun 2021 dengan ia memusnahkan armada dron menggunakan gelombang mikro berkuasa tinggi (HPM). Leonidas menggunakan HPM untuk membakar litar pada dron yang melakukan serangan walaupun ia datang secara segerombolan.

Kini Leonidas Expeditionary, pula dibangunkan dengan ia adalah versi yang lebih mudah alih dan kompak serta boleh digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat (USN). Senjata anti dron ini dibangunkan di bawah projek Expeditionary Directed Energy Counter-Swarm (ExDECS) dengan ia akan digunakan di lapangan oleh pasukan Marin.

Leonidas Expeditionary boleh ditarik di belakang kenderaan beroda 4X4 dengan saiz antena lebih kecil berbanding yang digunakan pada versi asal dan juga yang kini sedang diuji pada kereta perisai Stryker. Keperluan sistem anti dron meningkat selepas melihat keberkesanannya digunakan di konflik Rusia-Ukraine, Syaria dan Nagorno-Karabakh.

Saiz yang kecil membuatkan ia sukar dikesan sistem radar konvensional. Kos menghasilkannya juga lebih murah membolehkan tentera negara kecil menghantar sekumpulan dron bagi melakukan serangan besar-besar dilakukan tanpa perlu berbelanja besar.

Komen