Carian
Sonos Memberi 1 Tahun Waranti Tambahan Untuk 11 Produk Audio Mereka
October 2, 2024 Fahim Zahar

Sonos sejak kebelakangan ini kerap meminta maaf bagi memastikan pelanggan mereka akan kekal setia. Isu berlaku selepas Sonos Ace dilancarkan, di mana aplikasi Sonos App baharu mereka turut diubah tetapi hadir dengan banyak ciri/fungsi dibuang serta penuh dengan pepijat. Terbaru, Sonos telah mengeluarkan janji baharu terhadap komitmen mereka dengan pelanggan dan satu berita benar-benar baik telah didedahkan.

Untuk 11 produk terpilih Sonos yang dibeli dari 2 Oktober 2023 sehingga 1 Oktober 2024, Sonos akan melanjutkan tambahan satu tahun waranti. Bermakna produk kini akan disokong dan menerima bantuan dari 2 Oktober 2024 ke 1 Oktober 2025. 11 Produk ini adalah untuk Arc, Beam, Ray, Five, One, Era 300, Era 100, Sub, Sub Mini, Port dan Amp. Menariknya, lanjutan waranti ini turut terkesan kepada produk gantian atau yang telah dibaiki yang masih dalam tempoh jaminan.

Jaminan tambahan ini dikatakan hanya layak untuk produk Sonos yang dibeli melalui sonos.com atau eBay sahaja. Setiap tuntutan turut masih perlu mengikuti terma dan syarat waranti serta jaminan sedia ada.

Komen